testing !

Thursday, October 6, 2011

Basic Math Skills : Figure Percentages of a Whole Number

Pengenalan Pecahan

Penambahan perpuluhan

Pengurangan perpuluhan

3. PERATUS


a) DEFINISI

Dalam ilmu matematik, peratusan ialah cara menyatakan nombor sebagai sebuah pecahan daripada 100 (peratus bermaksud per seratus). Ia sering ditandai dengan tanda peratus,%. Sebagai contoh, 45% (dibaca sebagai "empat puluh lima peratus") sama dengan 45 / 100 atau 0.45.

Peratusan juga digunakan untuk menjelaskan sebesar mana sesebuah kuantiti dibandingkan dengan kuantiti yang lain. Kuantiti pertama seringkali mewakili sesebuah bahagian atau satu perubahan pada kuantiti kedua, yang sepatutnya lebih besar daripada sifar. Sebagai contoh, pertambahan $0.15 pada satu barangan yang harga asalnya bernilai $2.50 ialah peningkatan sebanyak 0.15 / 2.50 = 0.06 Nilai ini dinyatakan di dalam bentuk peratusan sebagai peningkatan sebanyak 6%.

Walaupun peratusan selalunya digunakan untuk menyatakan nombor-nombor di antara sifar dan satu, apa jua perkadaran tanpa matra boleh dinyatalkan dengan menggunakan peratusan. Sebagai contoh 111% ialah 1.11 dan -0.35% ialah -0.0035.

b) PAUTAN KE LAMAN WEB

TEKS :

c) KEGUNAAN PERATUS DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

-Penggunaan peratus pada diskaun yang diberikan

Gedung The Store telah mengadakan jualan murah sempena hari Kemerdekaan. Sebuah televisyen yang berharga RM 20000 telah diberikan diskaun sebanyak 40%. Jadi, berapakah diskaun yang telah diberikan?

Penyelesaian:

40/100 * 20000

= RM8000

2. Perpuluhan

a) DEFINISI

Sistem angka perpuluhan ialah sistem angka yang menggunakan sepuluh sebagai asas. Ia merupakan sistem angka yang paling banyak digunakan, mungkin kerana manusia mempunyai sepuluh jari di tangan.

Nombor perpuluhan ialah suatu bentuk khas yang mewakili pecahan yang penyebutnya ialah kuasa 10.


contoh gambar

b) PAUTAN KE LAMAN WEB

TEKS :

c) KEGUNAAN PERPULUHAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

Siti menemani ibunya pergi ke pasar. Ketika mereka berada di gerai buah,

mak Siti telah membeli 2.5kg buah oren, 1.95kg pisang, 5.2kg tembikai.

Berapakah jumlah berat buah-buahan yang dibeli oleh Mak Siti?

Penyelesaian:

2.5+1.95+5.2

=9.65kg

1. PECAHAN

a) DEFINISI

Pecahan (Bahasa Inggeris: fraction dari Bahasa Latin fractus, "dipecahkan") ialah nombor yang mewakili sebahagian daripada keseluruhan atau sekumpulan benda.

Pecahan terawal adalah salingan integer-integer yang menggunakan simbol mewakili satu perdua, satu pertiga, satu perempat, dan seterusnya.[1]


Dalam perkembangan seterusnya, pecahan "kasar" atau pecahan biasa telah dibangunkan dan ia masih digunakan sehingga hari ini. Pecahan ini terdiri daripada satu pengangka dan satu penyebut, pengangka mewakili beberapa bahagian sama dan penyebut menunjukkan berapa banyak bahagian-bahagian tersebut yang membentuk keseluruhan. Sebagai contoh dalam peca

han 3/4, pengangka, 3, menunjukkan 3 bahagian sama, sementara penyebut, 4, menunjukkan yang 4 bahagian yang membentuk keseluruhan.

Kemudian, pecahan perpuluhan pula diperkenalkan, yang kini hanya dikenali sebagai "perpuluhan". Penyebutnya adalah nombor asas sepuluh yang dikuasakan dengan nombor yang ditentukan oleh bilangan digit di kanan titik perpuluhan. Jadi nombor perpuluhan 0.75 mempunyai pengangka 75 dan penyebut 10 kuasa 2 (kerana terdapat 2 digit di kanan titik perpuluhan). Jadi penyebutnya ialah 100.

Jenis pecahan ketiga yang sering digunakan ialah "peratusan", yang menggunakan penyebut 100 sahaja. Jadi, 75 peratus bermaksud 75/100.


Dalam matematik, set untuk semua pecahan (kasar

) dipanggil set nombor nisbah dan diwakili simbol Q.

Penggunaan lain pecahan ialah untuk menunjukkan nisbah dan pembahagian. Jadi, pecahan 3/4 juga digunakan untuk menunjukkan nisbah 3:4 (tiga kepada empat) dan pembahagian 3 ÷ 4 (tiga dibahagikan dengan empat).



b) PAUTAN KE LAMAN WEB

TEKS :

c) KEGUNAAN PECAHAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN
- Pembahagian piza kepada 4 orabg
*diberi contoh, ada sekeping piza dan 4 orang. piza tersebut dibahagikan kepada 4 dan setiap seorang mendapat 1/4 bahagian daripada piza tersebut..



-pengagihan duit
*terdapat Rm10 untuk dibahagikan kepada 5 orang. penyelesaiannya ialah setiap seorang mendapat 2/10 ataupun Rm2 seorang.